Sunday, February 15, 2009


Derhaka!- Bukan Melayu Namanya....

jika saudara semua ingin tahu, 
Sejarah Melayu  melakarkan sejarah kerajaan melayu di tanah melayu

dikarang oleh Tun Sri Lanang, Bendahara Johor pada tahun 1612, 
menceritakan permulaan kerajaan melayu dari perjanjian bukit seguntang hinggalah jatuhnya kerajaan melayu melaka

jatuhnya melaka kerana nista..baik dari yang memerintah dan yang diperintah...
kenapa terjadi..adanya acuman dari bangsa lain

dan untuk makluman, Sejarah Melayu telah diangkat menjadi warkah klasik oleh UNESCO pada tahun 2001 dan kini menjadi warisan dunia.
di bawah adalah perjanjian yang dipetik dari Sejarah Melayu, satu perjanjian yang menjadi teras peradaban Melayu

IJAB

Maka titah Seri Teri Buana, "Apa janji yang dikehendaki oleh bapaku itu?" 
Maka sembah Demang Lebar Daun, "Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba;
syahadan jikalau ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun,
 jangan ia difadihatkan dan dinista dengan kata yang jahat-jahat;
 jikalau besar dosanya dibunuh,
 itupun jikalau patut pada hukum syarak".

KABUL

Maka titah baginda, "Kabullah hamba. 
Akan janji bapa hamba?" 

Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu?" 

Maka titah Seri Teri Buana,
 "Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa jangan durhaka pada anak cucu hamba, 
jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalupun". 

Maka sembah Demang Lebar Daun, 
"Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia,
 anak cucu patik pun mengubahkan dia". 

Maka titah Seri Teri Buana, "Baiklah, kabullah hamba akan wa'ad itu". 
Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah, barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu dibalik Allah Subhanahu wa Ta'ala bumbungan rumahnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. 
Itulah sebabnya maka dinugerah akan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada segala raja-raja Melayu,

 tiada penah memberi aib pada segala hamba Melayu;
 jikalau sebagai mana sekalipun besar dosanya,
 tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat. 
Jikalau ada seorang raja memberi aib, itu alamat negeri akan dibinasakan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

 Syahadan segala hamba Melayu pun dianugrahakan Allah Subhanahu wa Ta'ala tiada penah durhaka dan memalingkan mukanya kepada rajanya, 
jikalau jahat sekalipun pekertinya dan aniaya sekalipun.
http://www.aliran.com/oldsite/pagessyarak.html

dari lipatan sejarah..
dah termaktub perjanjian antara yang memerintah dan diperintah..
yang memerintah berjanji bahawa selagi ada bulan dan bintang akan dilindungi setiap yang diperintah..
yang diperintah pula berjanji akan menaati akan perintah dari yang memerintah...
dan dari lipatan sejarah...hang tuah dan hang jebat saudara seguru akhirnya seteru...
satu memelihara yang memerintah..
satu meningkah yang memerintah...
hari ini kita lihat..
betapa perjanjian antara demang lebar daun selaku wakil diperintah..
dan sang nila utama wakil dari yang memerintah..
hukumnya amat berat bagi yang melanggar waad ini..
tapi hari ini.
perjanjian ini tercabul lagi dengan kata nista..

No comments:

AMAZON