Tuesday, February 23, 2010

Langgam Pak Dogo



tabik sikik jale pengasuh
kalau banyak blari
arok tibo menuju
ai di pade luah sejano.. pade.. che wea..

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaluan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah!

Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan duk nengung sugul (terus masygul)
Adat wira haruh tahe uji

dan kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti
http://www.free-lyrics.org

c/o :
Langge Dogo langge keramat
Bisik-bisik dale kelambu
Lagok bodo tapi bersengat
bele ngelik (Sambil elak) dia main siku

Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !
Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimpuh baik rebah merempuh

Bersambunglah litar (petir) dentun dente
Hujan tak turun laut berlimpahe
ghalik (Asyik) merancang dendam sribu male
koho sie koho gando rawea
(Siang menerang semakin berganda rawan)

Keronsang terlekat kerana peniti
Hujung pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang

No comments:

AMAZON