Monday, April 19, 2010

ETHNOBOTANI SEBAGAI WARISAN KEBUDAYAAN ORANG ASLI

ETHNOBOTANI SEBAGAI WARISAN KEBUDAYAAN ORANG ASLI


Professor Madya Zainul Hakim Mohd Zain
Pn. Mahanum Dol, En. Meor Abdullah Zaidi Meor Razali
Jabatan Senibina Landskap,
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia,
Sekudai, Johor
b-zhakim@utm.net.my
ABSTRAK

Manusia dan tumbuhan sering berkaitan antara satu sama lain dalam kesinambungan kehidupan. Tumbuhan menjadi bahan asas bagi kehidupan manusia samada dalam bentuk keperluan harian dan juga sebagai tempat berlindung dan makanan. Malah pengunaan dan kepentingan tumbuhan adalah menjangkau kegunaan lahiriah, ianya juga berperanan sebagai warisan kebudayaan sesuatu masyarakat.

Hubungan antara manusia dan tumbuhan dalam satu ekosistem dan sebagai komponen budaya ini merupakan satu bidang kajian yang lebih di kenali sebagai ethnobotani. Ianya bukanlah satu cabang baru bidang sains, malah ianya merupakan sebahagian dari komponen cara hidup yang bermula dari perlunya sesuatu tumbuhan sebagai bahan asas dan nilai rohaniah. Dalam konteks ini, masyarakat Orang Asli terutamanya penghuni hutan dan ekosistem yang tidak terusik merupakan penjaga khazanah yang tidak ternilai dari segi pengetahuan gunapakai tumbuhan. Pengunaan harian serta penguasaan pengetahuan berkaitan tumbuhan ini boleh dilihat sebagai satu warisan dan keperluan untuk hidup.

Dewasa ini, dengan kadar kemajuan dan modernisasi yang pesat di kalangan masyarakat Orang Asli, mengakibatkan pengetahuan ini tergugat dengan pupusnya tumbuhan tersebut. Namun demikian, keperluan untuk memelihara pengetahuan ethnobotani di kalangan masyarakat peribumi amnya dan Orang Asli khususnya serta kepentingan bidang ini kepada bidang yang lain menjadikan pengetahuan ini mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Penyelidikan dan penemuan ethnobotani yang dijalankan di kalangan masyarakat Semelai dan Jakun di Tasik Bera dan Chini, Pahang menunjukkan adanya signifikasi dan nilai simbolik pada masyarakat disana didalam menghadapi kesan modenisasi serta kelestarian satu eko sistem. Isu, prospek dan cabaran ethno botani sebagai warisan kebudayaan Orang Asli akan di kupas secara mendalam bagi mendapatkan hasil yang wajar di ketengahkan.

No comments:

AMAZON