Thursday, September 9, 2010

Inilah syair raya kita


Inilah syair raya kita
Untuk semua sahabat, keluarga dan taulan…

Hari ini hari raya
Keluarga semua datang berkumpul
Abang, kakak, adik bergembira
Melihat orang tua tersenyum simpul

Semalam semua orang berduyun-duyun
Rendang, lemang, ketupat masak berpakat
Tapi hari ini semua juadah elok tersusun
Hanya menanti tetamu jauh dan dekat

Hari ini hari raya
Semua taulan mengikut rukun tetangga
Maaf di pohon untuk silam yang ria
Semoga esok tiada berduka

Semalam semua sibuk berpakat
Hari ini semua sudah sepakat
Maaf bermaafan jauh dan dekat
Supaya kita bulat sepakat

Hari ini hari raya
Jauh dekat kunjung mengunjung
Pesan alim ulamak kita war-warkan ia
Jangan bermegah dengan kebendaan agar syariat di junjung

Semalam semua lebuhraya bersusun kenderaan
Mengejar kampung laman jauh dan dekat
Pesan pihak berkuasa suka kita ingatkan
Biar lambat asal selamat

Hari ini hari raya
Semua juadah siap terhidang
Dalam semua bergembira
Ingatkan pada yang nasibnya malang

Semalam semua mencari di pekan
Songket jawa dan rendang minang
Jangan di ikut resmi syaitan
Membazir itu jangan di ulang

Hari ini hari raya
Setelah sebulan Ramadan bertandang
Jika kita ibadah telah seia
Maka teruskan tahun mendatang

Semalam semua pulang berlumba
Ingin segera bersama keluarga
Kalau kita adik beradik telah bergembira
Esok lusa orang tua jangan di biar nestapa

Hari ini hari raya
Izinkan kita memohon maaf
Kerana syair berkias itu budaya
Terimalah maaf tanda terkhilaf

AMAZON